Pada hari Rabu 25hb Mei yang lalu, mesyuarat bagi lawatan sekolah ke Kuala Lumpur telah diadakan di sekolah. Murid-murid darjah 5, 6 dan ibu bapa mereka turut hadir untuk sesi tersebut. Encik Jonathan dari syarikat IPC Tours & Travel Pte Ltd telah mengetuai sesi taklimat tersebut. Cikgu Aslinda dan Cikgu Hafeez juga telah menjawab segala kemusykilan yang diutarakan oleh ibu bapa - ibu bapa yang hadir.





