Isnin, 30 Mei 2011

Salam muhibbah

Selamat sejahtera ibu bapa sekalian,

Diharapkan semua berada di dalam keadaan sihat wal'afiat selalu. Di sini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah mengizinkan anak-anak anda untuk turut serta bagi lawatan ke Kuala Lumpur ini. Lawatan 4 hari ke Kuala Lumpur yang akan disertai beberapa murid darjah 5 dan darjah 6  ini diharapkan dapat untuk membawa manfaat dan memperluaskan ilmu pengetahuan mereka tentang perkara-perkara yang di luar konteks pelajaran mereka.  Berikut adalah beberapa objektif lawatan tersebut.

Objektif lawatan:

1. Murid dapat memperkayakan  pengetahuan mereka tentang asal usul, budaya serta ilmu sastera bangsa Melayu.

2. Murid juga dapat mempelajari sejarah perkembangan bangsa serta bahasa Melayu dan
serba sedikit tentang infrastruktur bangunan-bangunan bersejarah.

Selama 4 hari itu, murid-murid akan mengunjungi beberapa tempat seperti berikut:-

Hari Pertama:  
  • Putrajaya (the new Federal)
  • Sultan Alam Shah Museum
  • The Blue Mosque
  • The Garden of Islamic Art
Hari Kedua:
  • Kampung Dorani
Hari Ketiga:
  • National Planetarium
  • P.Ramlee House
  • KLIA Airport
Hari Keempat:
  • House of Parliament
  • National Mosque
  • KLCC
  • tempat-tempat bersejarah di Melaka seperti A'Farmosa dan lain-lain lagi.

Guru-guru yang akan membimbing murid-murid di sana ialah Cikgu Aslinda, Cikgu Hafeez, Cikgu Zarina dan Cikgu Amirah.

Murid-murid akan bertolak dari sekolah pada hari Rabu, 1hb Jun pukul 6.45 pagi dan akan kembali ke Singapura pada hari Sabtu, 4hb Jun. Ibu bapa boleh mengambil para pelajar dari pukul 7 mlm (hanya anggaran masa ketibaan sahaja).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.