Pada 1hb Jun, 28 orang murid darjah 5 dan darjah 6 yang akan ke Kuala Lumpur telah berkumpul di luar ofis sekolah. Terdapat disitu juga para ibu bapa, guru kelas mereka dan naib pengetua sekolah, Mr Lee yang turut hadir untuk memberi sokongan. Cikgu Hafeez menyampaikan taklimat terakhir dan ia diikuti dengan ucapan selamat jalan oleh Mr Lee.
Setelah meletakkan bagasi mereka di bahagian bawah bas, murid-murid berebut-rebut untuk menaiki bas sekolah.
Setibanya di Johor, kami pun bertukar bas dan berkenalan dengan pemandu pelancong kami iaitu Kak Surani.
| Pemandu pelancong - Kak Insurani |
Dalam perjalanan ke destinasi kami, pemandu pelancong itu telah memberikan serba sedikit maklumat mengenai Sejarah Melaka, berkenaan Laksamana Hang Tuah.
Tempat makanan yang diberi nama 'Gelang Patah' ialah tempat perhentian pertama kami. Di tempat tersebut, murid-murid diberikan kesempatan untuk membeli snek dan air untuk dijadikan bekal sepanjang perjalanan mereka itu.
| Selepas makan, sempat pula bergambar! Baru hari pertama, tapak kasut adik dah tertanggal? |
Putrajaya
Putrajaya yang dahulunya asal tempat pertanaman ‘Oil Palm’,kini menempatkan pelbagai sektor kementerian seperti Kementerian kesihatan, pertanian, perbendeharaan dan sebagainya. Rakyat-rakyat Malaysia yang ada urusan kerajaan hanya harus ke tempat tersebut.
Di situ juga terdapat rumah-rumah menteri dan kakitangan-kakitangannya. Semenjak 1999, Jabatan Kerajaan Malaysia telah dipindahkan ke Putrajaya. Setiap bangunan yang direka oleh Dr Tun Mahadir Mohd tersebut mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang berbeza.
Setibanya di tempat tersebut, murid telah diberikan lembaran kerja yang berbentuk kuiz dimana mereka harus mengisikan jawapan-jawapan yang boleh mereka dapati selama 4 hari di Kuala Lumpur.
| Bergambar dihadapan Masjid Putra |
Masjid Putra yang direka oleh arkitek tempatan ini mampu untuk menampung 20 000 orang jemaah. Terdapat 5 menara di masjid Putra itu yang melambangkan 5 rukun Negara.
Tasik rekaan manusia yang terletak bersebelahan masjid tersebut kelihatan sangat indah dan menakjubkan. Tasik tersebut dijadikan tempat perlumbaan motobot oleh para pelancong dan juga penduduk-penduduk di situ.
Muzium Sultan Alam ShahBerikut ialah contoh-contoh pameran yang menarik :
Mata wang negeri Selangor yang diperbuat oleh pelbagai jenis Timah. Ia menyerupai bentuk binatang, belalang, kura-kura, gajah, ayam, buaya dan ikan.
Senapang yang terkenal yang digunakan oleh askar portugis semasa penjajahannya.
Buaya yang diberi nama Buaya Puchong ini ialah replika model seekor buaya yang dibuat daripada bahan komposit fiber dan dipamerkan sebagai bahan rujukan kepada pelawat.
Masjid Biru
Seterusnya, kami telah ke Masjid Biru ataupun yang diberi nama Masjid Sultan Shalahudin Aziz Shah. Masjid yang dibina pada zaman 1988 ini, reka bentuknya diambil daripada reka bentuk the Blue Mosque di Turki. Masjid tersebut pernah menjadi masjid yang terbesar dan tercantik pada tahun 1974. Kami tidak dapat untuk melihat suasana di dalam masjid tersebut kerana tidak berpakaian sesuai.
| Bergambar dihadapan Masjid Biru |
Hotel Concorde Shah Alam
Murid-murid dan guru berhimpun semula tepat pada pukul 7.30 malam untuk makan malam di restoran makanan ala Nyonya yang terletak bersebelahan hotel Concorde itu.
Murid-murid kemudian diberikan masa untuk membeli-belah di pusat beli belah tersebut diiringi guru-guru. Ada yang sibuk hendak membeli buah tangan untuk ahli keluarga sementara ada yang sibuk membeli snek-snek untuk dimakan di hotel sebentar nanti. Kami pun berangkat semula ke hotel untuk beristirehat setelah selesai berbelanja.