Hari Ketiga

Lawatan sehari ke Bandaraya Kuala Lumpur

Tepat pada pukul 8.15pagi, kami telah berangkat dari Hotel di Shah Alam ke ibu negerinya, Kuala Lumpur. Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa 20 minit.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, pemandu pelancong kami, Kak Surani telah memberi sedikit maklumat tentang sistem kerajaan di Malaysia. Menurutnya, negeri-negeri yang bersultan ialah Johor, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang. Manakala negeri-negeri yang tidak bersultan ialah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.


Sistem kerajaan di Malaysia ada keunikannya sendiri. Setiap sultan secara bergilir-gilir akan dilantik untuk menjadi Sultan Yang Dipertuan Agung. Sultan yang diberikan gelaran itu akan mengepalai sultan-sultan di Malaysia selama 5 tahun.

Menurutnya lagi, Sultan tidak memiliki kuasa politik tetapi mereka ada kuasa terhadap perlembagaan negara.


Istana Negara


Ini adalah perhentian pertama kami iaitu di Istana Negara. Istana tersebut didiami Sultan Agung Malaysia yang ke 2011 iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda akan menyambut hari lahirnya yang ke 50 pada hari Sabtu ini, 4hb Jun.
Kami sangat beruntung kerana setibanya di luar kawasan istana itu, kami dapat menyaksikan upacara penukaran pengawal diraja dan juga dapat bergambar dengan pegawal-pegawal istana.




Istana yang gah dan luas ini dikelilingi pagar yang bercorak bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga raya.



Terdapat juga Mahkota diraja di pagar itu yang lengkap dengan bulan sabit yang melambangkan negara Islam dan juga bintang yang mempunyai 14 penjuru. Bintang yang berpenjuru 14 ini menjadi simbol 14 negeri di Malaysia termasuk 1 wilayah persekutuan.




Tugu Negara



Tujuan Tugu-tugu tersebut didirikan adalah untuk memperingati askar-askar yang telah gugur pada waktu peperangan supaya mereka sentiasa disanjungi dan dihormati.
Bergambar di hadapan epitaf tertinggi di Malaysia


Tugu yang dihasilkan oleh perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman ini reka bentuknya diadaptasi  dari Tugu-tugu di Barat. Walaupun reka bentuk Tugu  tersebut serupa seperti tugu-tugu di Barat, namun, galian seperti ‘Marble’ yang digunakan  asalnya dari Malaysia sendiri.

Tugu peringatan ini mempunyai lambang-lambangnya tersendiri. Selain daripada arca askar yang terlantar menjadi lambang bagi pengorbanan yang dilakukan oleh askar-askar dahulu, arca-arca yang lain juga mempunyai lambangnya tersendiri. Antaranya, lambang kemenangan, perlindungan dan saling bantu-membantu (brotherhood).

Selain daripada arca-arca pasukan askar, bendera Malaysia ataupun dikenali dengan nama Jalur Kemenangan yang tercacak dengan megah di tugu itu. Bendera itu juga mempunyai lambangnya tersendiri. Antaranya warna putih melambangkan kesucian, biru melambangkan perpaduan dan kuning pula melambangkan kedaulatan ataupun sistem kerajaan
Di kawasan tersebut terdapat juga bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya. Menurut, Kak Surani 5 kelopak bunga itu melambangkan 5 rukun Negara yang diantaranya ialah  percaya kepada tuhan, setia kepada raja dan Negara, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan sebagainya.


Ada juga lambang setiap kontigen askar dari luar negara yang membantu askar-askar Malaya dalam membanteras penjajahan Jepun di negara itu. Antaranya ialah kontigen dari Australia, New Zealand dan Singapura.


Lambang-lambang kontigen askar
Dalam kawasan tugu itu ada sebuah taman yang dinamakan Taman Arca Asia di mana beberapa arca yang dihadiahkan oleh beberapa para pembuat arca dari negara-negara Asia telah dipamerkan disitu.




 National Planetarium



Untuk sampai ke National Planetarium, kita perlu mendaki 138 anak tangga. Namun begitu, usaha kami itu tidak sia-sia kerana murid-murid telah pelajari perkara berkenaan Angkasa lepas, cuaca di bumi dan kesan UV matahari kepada manusia.


Murid-murid kelihatan sangat seronok berada di dalam bilik anti-graviti. Mereka dapat mengalami suasana di mana mereka boleh terapung-apung di udara kerana kekurangan graviti.
Pameran-pameran menarik yang lain...

Ahli penyelidik cilik

Eh, apa yang dilihat tu?

Permainan kegemaran murid-murid - Lindungi bumi dari meteroid

Angkasawan-angkasawan terkenal termasuk angkasawan Malaysia, Dr Syeikh  Muzaphar Shukor

Inilah cara seorang angkasawan tidur




Murid-murid kemudian dibawa ke sebuah bilik pawagam di mana mereka dapat menonton sebuah video 3 dimensi.  Video tersebut mengenai kesan UV matahari terhadap bumi sekiranya berlakunya letupan di bahagian tertentu matahari ataupun lebih dikenali dengan nama saintifiknya ‘Solar storms’.


 Sebelum kami berangkat ke destinasi berikutnya, Kak Surani membawa kami ke galeri pemandangan di mana kami dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari bahagian atas.






Pusat beli-belah Central Market

Sebelum makan petang, kami bersinggah di pusat beli-belah Central place. Kedai-kedai disitu menjualkan hasil seni kraf tangan dan kain-kain dengan harga yang bertepatan.

Murid-murid lelaki sibuk membeli cicin



Restoran makanan segera A&W



"Kak, mana makanan saya ni?"

Di sini, kami dihidangkan  makanan yang lazat-lazat seperti ‘Cheese burger’, ‘Curly fries’ dan ‘Root beer float’.



Rumah Pustaka P Ramlee
Kami tiba di destinasi berikutnya  tepat pada pukul 3.30ptg. Tempat tersebut sebenarnya ialah bekas tempat kediaman Allahyarham P Ramlee.





Melalui lawatan ini murid-murid pelajari dengan secara ringkas latar belakang dan anugerah-anugerah yang diterima Allahyarham P Ramlee melalui aktiviti menjawab soalan-soalan yang berbentuk kuiz.


Nama asal P Ramlee  ialah Teuku Zakaria bin  Nyak Puteh. Beliau dilahirkan oleh bondanya yang bernama Che Mah binti Hussein pada 22hb Mac 1929 di Penang. Beliau pernah disekolahkan di Sekolah Melayu Kampung Jawa, Sekolah Francis Light dan Penang Free School sehingga perang dunia kedua.

Pada tahun 1955, beliau telah diberikan peluang untuk mengarah filem pertamanya iaitu ‘Penarek Beca’ dan sekaligus menjalankan kesenian Melayu pada Dewangga Perfileman dipersada.
Pada tahun 1964 pula, beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur dari Malay Film production ke studio merdeka Kuala Lumpur.
Lagu terakhir yang diciptanya ialah ‘Air Mata di Kuala Lumpur’.

Semasa riwayat hidupnya, beliau pernah dinikahkan buat 3 kali. Perkahwinan pertamanya ialah bersama Junaidah yang bertahan selama 3 tahun sahaja. Perkahwinan keduanya pula ialah  bersama Noorizan yang bertahan selama 6 tahun dan perkahwinannya terakhirnya iaitu bersama Saloma yang berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.

 
Pada tahun 1973, 29hb Mei, P Ramlee yang berumur 44 tahun itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana serangan jantung yang dipercayai wujud akibat tekanan yang dilaluinya.

Ini adalah gambar kereta milik  P Ramlee yang berjenama Datsun BAD 3608. Kereta tersebut ialah kereta yang terakhir dibeli dan digunakan olehnya sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Petronas Twin Tower
Sebelum ke destinasi terakhir, kami sempat bersinggah di Petronas twin tower untuk bergambar. Kak  Surani telah memberikan beberapa fakta menarik tentang bangunan tersebut.





Infrastruktur bangunan tersebut telah diusahakan oleh Dr Tun Mahadir Mohd. Bangunan ini didirikan bukan hanya untuk pelawat-pelawat membeli-belah di kedai-kedai yang bertaraf tinggi tetapi juga terdapat taman rekreasi, wayang, Petro Sains centre dan juga pejabat-pejabat.
 Kuala Lumpur International Airport

Dahulu di Malaysia, hanya terdapat lapangan terbang yang dikongsi bersama Singapura. Namun begitu, beberapa buah lapangan terbang yang telah didirikan termasuk Kuala Lumpur International Airport ataupun nama singkatannya KLIA.
Lapangan terbang yang luas dan bersih ini terletak di Sepang dan berada di jaraknya 50km  dari kawasan pertengahan Bandar Kuala Lumpur. Lapangan terbang yang memakan belanja sebanyak 8.5 billion ini adalah di antara 13 lapangan terbang yang tersibuk di dunia.



Pihak Lapangan terbang tersebut  memegang  teguh kepada slogannya “Arrive as a visitor, leave as a guest,”. Ia juga berupaya untuk menampung sebanyak  35 juta pelancong-pelancong.



26 Kaunter-kaunter disitu menyediakan perkhidmatan untuk penerbangan secara domestik ataupun antarabangsa. Kaunter berlabel E ialah untuk penerbangan secara antarabangsa sementara kaunter yang berlabel D ialah untuk penerbangan secara domestik.
KLIA juga menyediakan Surau untuk pelancong-pelancong beragama Islam untuk bersolat


Sebelum kami menamatkan lawatan tersebut, Kak Suriyani sempat untuk membawa kami ke Anjung tinjau. Di situ, murid-murid dapat melihat beberapa buah pesawat antarabangsa dan domestik yang sedang berlepas.

Tema KLIA buat kali ini pula ialah “Malaysia welcomes the world”.
Menu untuk malam kali ini? Satay kajang!