Saya paling suka ke Kampung Dorani kerana saya paling gemar aktiviti mewarnakan batik. Walaupun kita harus mengharungi panas terik matahari disitu, saya rasa sangat seronok dan berpuas hati kerana dapat mewarnakan sehelai batik yang mengikut cita rasa saya sendiri.
Nadhilah (Darjah 5.2A)
Tempat yang saya sangat suka ialah National Planetarium. Ini adalah kerana terdapat banyak aktiviti dan permainan yang boleh saya cuba. Kunjungan ke tempat tersebut juga membolehkan saya untuk meraih lebih maklumat mengenai angkasa lepas dan matahari.
Ian (Darjah 5.5)
Saya paling suka lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah di Selangor. Di situ saya dapat melihat banyak pameran-pameran yang menarik. Terdapat juga artifak-artifak yang lama yang dipamerkan seperti lembing-lembing yang digunakan pada zaman kerajaan dahulu. Melalui lawatan tersebut saya dapat meraih pelbagai informasi yang sangat berguna.
Yanty (Darjah 5.2B)
Tempat yang paling saya gemari ialah Kampung Dorani. Disitu, saya dapat melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencabar. Saya dapat mengalami kegiatan-kegiatan yang jarang dilakukan oleh para penghuni bandar seperti saya.
Adilah (Darjah 6.2A)