Tepat pada pukul 7 pagi, murid-murid dan guru-guru bersarapan di hotel, bilik Teratai. Antara makanan yang dihidangkan ialah nasi goreng, hash brown, waffles, hot dog dan lain-lain lagi.
| Eh, datang dari jauh makan cornflakes sahajakah? |
Pada pukul 8.30 pagi, kami berangkat ke Kampung Dorani yang terletak di Sabak Bernam. Perjalanan ke kampong Dorani memakan masa 2 jam kerana ia terletak di utara Selangor.
| Terdapat juga chalet-chalet untuk pelancong yang ingin bercuti bersendirian di kampung tersebut |
Kampung Dorani ataupun Kampung yang asalnya bernama Kampung Haji Tani terkenal dengan Jelapang padi mereka yang luas terbentang. Setibanya kami di Kampung Dorani, penghulu kampung yang peramah orangnya serta beberapa warga kampung mengalu-alukan kedatangan kami . Juadah kuih-muih serta air kelapa yang menyegarkan telah disediakan untuk kami.
Setelah menikmati hidangan itu, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh penghulu kampung disitu.
| Penghulu kampung Dorani |
Menurut penghulu kampung itu, 22 buah rumah kampung di tempat tersebut telah dijadikan tempat persinggahan (homestay) bagi pelawat-pelawat asing yang ingin merasakan suasana perkampungan. Antara pelawat-pelawat yang teramai di situ adalah dari Singapura. Dan sebahagian besar daripada mereka adalah murid-murid sekolah yang membuat lawatan sambil belajar di sana semasa cuti sekolah.
Aktiviti Pertama: Menumbuk Padi
Salah seorang penduduk kampung yang bernama Wak Pul, telah memberikan demostrasi kepada murid-murid mengenai cara untuk menumbuk padi supaya berasnya dapat dikeluarkan dari sarungnya. Alat-alat yang digunakan ialah Lesung dan Antan.
| Padi |
Beberapa orang murid telah dipilih untuk menumbuk padi tersebut mengikut cara-cara yang diajar Wak Pul.
Setelah itu, beras-beras tersebut harus diasingkan dari ‘Anta’nya ataupun hampas padi yang ditumbuk tadi. Wak Pul menunjukkan cara untuk membuat sedemikian iaitu dengan menggunakan tampi padi. Murid-murid juga diberi kesempatan untuk menampi padi itu.
| Wak Pul menunjukkan cara untuk menampi padi dengan menggunakan tampi padi |
| Alahai, habis semua beras dan padi jatuh ke lantai! |
Aktiviti kedua: Mewarnakan batik
Murid-murid diarahkan untuk menuliskan nama mereka di kotak kosong yang terdapat di bahagian bawah kain tersebut. Sebelum murid-murid memulakan aktiviti tersebut, Wak Pul membimbing murid untuk mewarnakan corak-corak batik yang diberi. Dia menasihati kami untuk memilih warna yang cerah pada mulanya. Kemudian, barulah murid-murid boleh menggunakan warna yang lebih pekat sebagai latar corak tersebut.
Setelah itu, batik-batik itu dijemur supaya batik-batik yang telah diwarnakan itu boleh kering.
Murid-murid kemudian dijemput untuk menjamu selera makanan kampung.| Walaupun makanan ini nampak seperti biasa sahaja, lauk kari ayam terutamanya rasa sangat enak! |
Penghulu kampung telah menjemput murid-murid ke rumahnya untuk sembahyang berjemaah dan juga mengalami suasana penghidupan di kampung.
Aktiviti ketiga: Membuat Layang-layang
Murid-murid berkumpul dan setiap seorang diberikan bingkai layang-layang. Mereka hanya harus melekatkan setiap sudut layang-layang itu kepada bingkai tersebut. Kemudian, mereka harus menghiasi layang-layang mereka itu.
Setelah selesai, murid-murid tidak berlengah-lengah lagi untuk cuba bermain layang-layang mereka.
Aktiviti keempat: Lawatan ke kilang Nata De Coco
Perhentian yang seterusnya ialah di Nandong Food Industries Sdn Bhd yang telah sekian lama menghasilkan Nata De Coco.
Salah seorang pekerja disitu telah mendemostrasikan cara-cara untuk membuat Nata De Coco.
Pada mulanya, isi kelapa dimasak dengan gula. Kemudian, bahagian permukaan isi kelapa tersebut di buang. Pewarna dan perisa buah-buahan seperti strawberri, manga dan sebagainya telah dibubuhkan untuk meningkatkan aromanya.
| Untungnya, dapat rasa Nata De Coco yang asli! |
| Nata De Coco berperisa strawberri, mangga dan lain-lain lagi |
Kami juga ditunjukkan dengan ringkas cara-cara untuk menghasilkan minyak kelapa dara dengan menggunakan mesin secara manual. Mesin tersebut telah memerahkan kelapa tersebut sehingga minyak itu mengalir keluar dari lubang-lubang yang terdapat di besi tersebut.
Kami juga sempat untuk berbelanja di kilang kerepek berhampiran tempat tersebut dan juga membeli beberapa buah tangan seperti kerepek-kerepek dan kuih baulu.
| Di tempat ini, 4 bungkus kerepek dijual dengan harga serendah RM10 |
Sebelum kami kembali ke hotel, makan malam hidangan lauk Thai menjadi santapan kami . Di antara makanan yang dihidangkan ialah udang goreng, Tom yam sup, ayam pandan dan toufu istimewa masakkan Thai.
